Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Saturday, June 9, 2012

PIZZA AYAM NENAS

Pizza Ayam Nenas


Doh Pizza

Bahan-bahannya: (untuk 7 biji pizza size regular)
1 paket yis segera (11gm)-dibancuh dengan 3/4 cawan air suam, 2 sudu teh gula & 1 sudu teh susu tepung, dikacau sebati & dibiarkan selama 10 minit hingga berbuih.
6 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak (Ummi guna minyak bunga matahari)
1  cawan air

    


Cara Membuatnya:
1. Campurkan semua bahan, uli sampai kenyal & tidak melekat. (kalau doh keras + air, kalau lembik + gandum)
2. Bahagikan doh kepada 7 bahagian, biarkan selama 30minit dengan bekas yang tertutup.
3. Ambil sebiji doh, canaikan kepada diameter yang dikehendaki. (Ummi guna tangan sahaja, leperkan diatas pinggan yang rata.
4. Cucukkan dengan garpu pada permukaan doh, sedia untuk diletakkan filling & bahan-bahan lain diatasnya.

Filling Ayam Pizza


Bahan-bahannya:
200gm isi ayam dihiris halus
1+1/2 biji bawang holland dimayang/cincang halus
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk oregano
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
sedikit minyak untuk menumis

Cara membuatnya:
1. Tumis bawang hingga layu, masukkan ayam & serbuk cili, kacau hingga ayam masak.
2. Masukkan garam, gula, perasa & oregano, kacau hingga sebati.
3. Sedia untuk diletakkan diatas doh pizza.

         

Bahan-bahan lain pizza:
Sos cili thai (Ummi guna life)
2 jurai nenas dipotong kiub
Serbuk oregano
250 gm monzarella cheese diparut
sedikit minyak untuk dilenserkan pada dasar periuk/ dulang pembakar (Ummi tak guna oven, Ummi guna periuk Tupperchef brand tupperware @ boleh guna periuk yang bertapak tebal yang lain)

         

Cara Membuatnya:
1. Panaskan periuk (guna api yang paling perlahan), sapukan sedikit minyak didasar periuk, masukkan doh pizza yang telah disediakan.
2. Sapukan 2 sudu makan sos cili, taburkan nenas di atas permukaan doh, taburkan filling ayam diatasnya.
3. Taburkan monzarella cheese diatasnya &  akhir sekali diikuti dengan sedikit serbuk oregano. Tutup tudung periuk, bakar selama 5-10 minit dengan api yang perlahan. (Kalau guna oven bakar dalam suhu 180 darjah selama 10minit-guna api bawah sahaja.)
4. Angkat & sedia untuk dihidang.



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...