Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Sunday, April 27, 2014

MUSHROOM SUP & GARLIC BREAD

 
Mushroom Sup & Garlic Bread


Mushroom Sup

Bahannya:
80gm cendawan butang putih dicincang halus
80gm cendawan butang putih dihiris kasar
2 cawan air
1 cawan susu (Ummi guna susu full cream dutch lady)
3 sudu teh tepung gandum dibancuh dengan 1 cawan air suam)
1 biji bawang besar holland dimayang/dicincang halus
1 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu makan butter (40gm)
1 sudu makan knorr cukup rasa @ 1 kiub ayam Garam secukup rasa
Sedikit serbuk lada sulah @secukup rasa.


         

Caranya:
1. Cairkan butter, tumis bawang besar & bawang putih hingga layu
2. Masukkan cendawan, kacau hingga layu.
Masukkan air, susu, bancuhan tepung gandum, garam & serbuk lada sulah. Kacau sehingga mendidih.
3. Sedia untuk dihidang bersama garlic bread.





GARLIC BREAD

Bahannya:
Roti perancis 1 bantal dihiris serong @ roti sandwich gardenia
2 sudu makan soft marjerin/ butter
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
Sedikit daun oregano


         

Caranya:
1. Gaul hingga sebati marjerin, bawang putih & oregano.
2. Sapu pada roti. Jika guna roti sandwich boleh dibakar menggunakan toaster..kalau guna roti perancis bakar menggunakan oven suhu 170°C selama 10minit..( kalau nak bakar guna toaster pun boleh tapi kena hiris nipis supaya muat toaster.



           


Sunday, April 20, 2014

TIRAMISU LADYFINGERS SAVOIARDI

 
Tiramisu Ladyfingers Savoiardi


Bahannya:
250gm Cream Cheese
200gm whiping cream
1/2 cawan gula castor
1 sudu teh nescaffe + 1 cawan air suam
1 paket biskut ladyfingers Savoiardi

         

         

Hiasan:
Serbuk koko
Coklat bar yang diparut
manik gula-gula bentuk Love 

          

Caranya:
1. Putar cream cheese, whiping cream dan gula sehingga berkrim
2. Bancuh nescaffe dengan secawan air suam
3. Alaskan loyang/ acuan 9'x9' dengan plastik, lebihkan keluar loyang supaya senang nak angkat tiramisu keluar untuk potong.
4. Susun biskut ladyfingers dalam acuan, spray air nescaffe ke atasnya. (Jangan celup coz biskut ni sangat mudah meresap dan jadi sangat lembik)
5. Letak & sapukan cream putar di atas dengan rata. Susun, spray & sapu cream putar lagi menjadi lapisan kedua dan seterusya sehingga habis. Ummi dapat 3 layer.
6. Akhir sekali hiaskan dengan serbuk koko yang diayak diatasnya dan ditambah dengan parutan coklat serta manik gula-gula love, Simpan dalam peti sejuk selama 5 - 6 jam sebelum dipotong.


            

BISKUT JERMAN @ DEUTSHE KEKSE

 
Biskut Jerman @ Deutshe Kekse

* Rasanya sangat sedap, sangat gebu...cair dimulut

Bahanya:

250 gram buttercup
280 gram tepung kentang diayak
160 gram tepung gandum diayak

70 gram gula aising, diayak
1/4 sudu teh garam diayak

          

Caranya:
1. Putar/pukul butter, gula & garam hingga sebati.
2. Masukkan tepung kentang & tepung gandum  sedikit demi sedikit, kacau hingga sebati.
3. Griskan loyang dengan marjerin. Bentukkan bulat adunan, tekan dengan garpu diatasnya, Buat hingga habis adunan.
4. Bakar dalam suhu 170C selama 22 minit.
5. Sejukkan sebelum disimpan dalam tupperware.





COKLAT CIP WALNUT COOKIES

 Coklat Cip Walnut Cookies

Bahanya:
250gm Buttercup
80gm gula castor
80gm gula perang
1 sudu teh essen vanilla
2 biji telur gred A
250 gm tepung gandum diayak
200 gm tepung kentang diayak
1/2 sudu teh soda bikarbonat diayak
1/2 sudu teh serbuk penaik diayak
1/4 sudu teh garam diayak
200gm coklat cip
50gm walnut cincang & disanggai tanpa minyak

         

Caranya:
1. Pukul butter, gula, telur & essen vanilla hingga sebati
2. Masukkan semua bahan yang diayak, kacau hingga sebati.
3. Masukkan coklat cip & walnut.
4. Griskan loyang, sudukan  adunan, jarakkan sedikit kerana bila bakar biskut akan mengembang.  (ummi guna pipping bag- lubangkan besar sikit supaya senang adunan keluar.)
5. Bakar selama 15 minit dalam suhu 160 darjah celcius.
6. Angkat & sejukkan sebelum disimpan dalam tupperware.





AYAM GORENG KUNYIT

 
Ayam Goreng Kunyit

Bahannya:
5 ketul ayam dipotong kecil
3 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 inci kunyit hidup ditumbuk
1/2 sudu teh serbuk kunyit (untuk naikan warna kuning)
 1 biji bawang besar dimayang kasar
1 biji lada hijau dipotong serong
1 sudu teh knorr cukup rasa @ bahan perasa
1 senduk minyak masak untuk menggoreng
1/2 sudu kecil gula perang (mollasses brown sugar)-optional

         

Caranya:
1. Gaulkan ayam dengan bahan tumbuk, bawang putih, kunyit hidup, serbuk kunyit, garam & perasa, perap 10-15 minit.
2. Panaskan minyak, masukkan perapan ayam di atas, goreng hingga masak (sentiasa kacau & balik-balikkan).
3. Masukkan gula perang, cili hijau & bawang besar. Kacau hingga bawang layu.
4. Angkat, hiaskan dengan daun & bunga ulam raja, sedia untuk dihidang.





Sunday, April 13, 2014

KEK BATIK COKLAT

 
Kek Batik Coklat

Bahanya:
1 paket biskut marie dipatahkan
250gm butter
200gm coklat masakan
1/2 cawan serbuk koko
1/2 tin susu pekat manis
1/2 cawan susu cair


          

         

Caranya:
1. Cairkan butter dalam kuali, masukkan semua bahan di atas kecuali biskut marie.
2. Kacau sehingga larut & likat.
3. Masukkan biskut marie, kacau rata.
4. Alaskan acuan dengan plastik, lebihkan plastik diluar acuan supaya senang untuk dikeluarkan dari acuan. (Ummi guna loyang 8'x 8').
5. Masukkan adunan dalam acuan, tekan bg padat & rata. Sejukkan dalam peti ais 5-6jam sebelum dipotong.


Hiasan:
2 sudu teh serbuk koko
3 sudu makan susu pekat manis@ secukupnya
4 sudu makan minyak jagung
4 sudu makan susu cair @ secukupnya (ikut kepekatan yang dikehendaki)
* masak dalam periuk menggunakan api yang perlahan. Kacau hingga sebati, masukkan dalam pipping bag, siramkan ke atas kek batik.

            


FLORENTIN BIENETTA

 
Florentin Bienetta

Bahannya:
200gm tepung florentin
100gm kepingan badam
100gm biji kuaci
100gm biji labu
10gm bijan hitam
10gm bijan putih


 
Caranya:
1. Campurkan semua kekacang, bakar dalam suhu 165°C selama 10minit.
2. Gaulkan dengan tepung florentin
3. Sapu marjerin pada loyang, alaskan dengan kertas minyak. ( Ummi guna 2 loyang 9'x11')
4. Masukkan adunan diatas, ratakan nipis, bakar dalam suhu 165°C selama 10minit.
5. Angkat, potong apabila masih panas, bila dah sejuk dah x boleh potong sebab keras dan rapuh.( Ummi guna gunting dapur untuk potong, ummi gunting sekali dengan kertas minyak, bila dah sejuk baru boleh kupas kertas minyak dari kuih).



Tuesday, April 8, 2014

PUDING ROTI VANILLA KRIM KASTARD

 
Puding Roti Vanilla Krim Kastard

Bahannya:
7 keping roti dipotong panjang @ kerak tepi roti (lebihan buat sandwich
1/2 cawan kismis
1 sudu teh serbuk Kayu manis
2 sudu makan butter @planta

* Susun roti dalam acuan, diselang selikan dengan taburan kismis, planta & serbuk kayu manis

          

Bahan Filling
5 biji telur
5 sudu makan gula
1+1/2 cawan fresh milk

* Campur semua bahan, pukul hingga sebati

Bahan Krim Kastard
1+1/2 cawan fresh milk
1 +1/2 sudu makan tepung kastard
1+1/2 cawan air
4 sudu makan gula kastor
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh essen vanilla

* Campurkan semua bahan, kacau sehingga pekat & berkilat.Sedia untuk dimakan bersama puding roti.

Caranya: 
1. Tuangkan filling keatas roti yang telah diisi ke dalam acuan. Bakar dalam suhu 170C selama 30 minit.
2. Angkat, tuangkan krim kastard ke atasnya, sedia untuk dihidang.

           



KEK BUTTER MARBLE GEBU

 
Kek Butter Marble Gebu

Bahan A:
6 bj telur putih (Gred B) dipukul hingga bertanduk (guna high speed)


Bahan B:
250 gm butter
150 gm gula castor
6 bj telur kuning Gred B
250 gm tepung gandum super fine diayak
1 sudu teh serbuk penaik (diayak bersama tepung gandum)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh ovalet
1/2 cawan susu cair
2 sudu makan serbuk koko


         


Caranya:
1. Pukul butter dan gula hingga putih
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan dipukul hingga kembang
3. Masukkan esen vanila & ovalet, pukul hingga sebati.
4. Masukkan susu cair pukul hingga sebati
5. Masukkan tepung gandum & serbuk penaik sedikit demi sedikit, putar hingga sebati.
6. Campurkan bahan A ke dalam bahan B, kaup balik guna senduk kayu@ senduk nasi plastik.
7. Bahagi 2 adunan, adunan pertama ditambah dengan serbuk koko, kacau hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu. Adunan kedua dibiarkan dengan warna yang asal.
8. Sapu acuan 8'x8' dengan planta, lapik dengan kertas minyak, masukkan adunan pertama & kedua secara berselang seli hingga habis.
9. Bakar selama 45-55 minit dengan suhu 170°C. Cucuk serong dengan lidi satay utk test kek masak atau tidak, jika lidi keluar bersih menunjukkan kek sudah masak, tapi jika lidi keluar basah @ melekit menunjukkan kek belum masak lagi, so tambah masa selama 10 minit hingga masak.
10. Sejukkan kek 5 -10minit, terbalikkan atas redai & sedia untuk dipotong.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...