Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Tuesday, July 31, 2012

KUIH SIPUT PERISA KARI

Kuih Siput Perisa Kari


Bahan-bahannya:
1 kg tepung gandum
1 sudu makan serbuk kari daging
1 sudu makan garam
3 biji bawang besar merah
2 ulas bawang putih
4 sudu makan gula
5 sudu makan marjerin/planta
1/2 cawan air
1 cawan santan pekat dimasak hingga mendidih
1 biji telur gred A
3 tangkai daun kari untuk dikisar
8 tangkai daun kari untuk menggoreng
sedikit bahan perasa
Acuan kuih siput
minyak untuk menggoreng

         


Cara Membuatnya:
1 Kisar bawang besar bersama bawang putih, serbuk kari, garam, gula, bahan perasa, air, daun kari & telur hingga halus.
2. Gaul tepung, santan,  bahan kisar & marjerin. Uli hingga sebati dan sehingga tepung tidak melekat ditangan (kalau adunan lembik bolehlah tambah sedikit tepung). Adunan hendaklah diletakkan dalam bekas yang bertutup supaya tidak cepat keras.
3. Ambilkan sedikit adunan sebesar jari manis, tekan @ penyekkan atas acuan kuih siput dan digulung & ditolak hingga jatuh kedalam bekas, buat sehingga adunan habis.
4. Panaskan minyak, dengan menggunakan api yang perlahan, goreng sehingga keperangan. Apabila hampir garing, masukkan helaian daun kari, kacau sehingga kuih siput benar-benar garing.
5. Angkat & toskan atas tissue towel. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara. Sedia untuk dimakan.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...