Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Monday, July 23, 2012

BIJI NANGKA PERMATA/ BUBUR NANGKA PERMATA

Biji Nangka Permata/ Bubur Nangka Permata

Bahan-bahannya: (4-5 orang makan)
2 cawan tepung pulut
3/4 cawan air panas
1/2 sudu teh essen pandan
2 helai daun pandan disimpul
Pewarna hijau, merah & ungu
6 cawan air untuk merebus/ secukupnya


Cara Membuatnya:
1. Uli tepung bersama air panas & essen pandan hingga tidak melekat ditangan.
2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian. 3 bahagian diwarnakan dengan warna merah, hijau & ungu, 1 bahagian lagi dibiarkan putih.
3. Didihkan air bersama daub pandan.
4. Ambilkan sedikit adunan, gentelkan sedikit bujur sebesar jari manis. Masukkan kedalam air yang mendidih, biarkan sehingga timbul & terapung, angkat & toskan, masukkan kedalam kuah yang telah disediakan.

        


Bahan-bahannya: (Kuah)
4 cawan santan kelapa ( Ummi guna santan sawit khalis 1 cawan santan sawit + 3 cawan air)
1+ 1/2 keping gula melaka/ nissan/ gula perang secukupnya
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan disimpul
1/4 sudu teh halba


Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam periuk, masak dengan api yang sederhana, sentiasa kacau hingga sebati dan mendidih.
2. Sedia untuk dinikmati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...