Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Monday, May 16, 2016

ALMOND LONDON RANGGUP

 
Almond London Ranggup


Bahannya:

250gm mentega
120gm gula kaster
50gm nestum (dikisar halus )
100gm tepung jagung*
100gm tepung gandum*
100gm tepung Hon Kwee putih*
1 sudu teh baking powder*
1 biji telur kuning
1 sudu teh esen vanilla
200 biji kacang badam dipanggang (suhu 170C selama 7 minit )
1kg Coklat masakan @ secukupnya.

*diayak

           

Hiasan
Coklat masakan putih @berlainan warna
Manik gula berbentuk hati@
Coklat chip putih

Caranya:
1. Pukul butter & gula hingga kembang
2. Masukkan telur & esen vanilla, pukul hingga sebati.
3. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit, diikuti dengan nestum. Pukul hingga adunan menjadi doh
4. Ambil doh sebesar ibu jari, bulatkan kemudian leperkan.
5. Masukkan badam didalamnya. Bungkus hingga menyaluti badam. Buat hingga habis
6. Panaskan oven, bakar suhu 170C selama 25 minit.
7. Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boil.
8. Celupkan biskut yang berinti badam tadi, letak dalam cawan kertas .
9. Hiaskan dengan kreativiti masing-masing, biarkan sehingga coklat beku, simpan dalam bekas kedap udara.


           

Monday, May 18, 2015

KEK CARROT WALNUT CHEESE FROSTING


Kek Carrot Walnut Cheese Frosting


Bahannya:

Bahan A:
5 biji telur kuning
200 ml minyak jagung
90gm gula perang
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh essen vanilla
150gm tepung gandum  superfine* (klu x ada boleh guna tepung kek)
1/2 sudu teh serbuk penaik*
1/2 sudu teh soda bikarbonat*
40gm kacang walnut cincang disanggai tanpa minyak diatas kuali @ frypan.
150gm carrot diparut
* diayak bersama

Bahan B:
5 biji telur putih dipukul berasingan hingga bertanduk (klu terbalikkan ke bawah tak jatuh)

Caranya:
1. Pukul telur kuning bersama gula perang, minyak jagung, essen vanilla & garam hingga sebati.
2. Masukkan tepung bersama bahan yang diayak, kacau hingga sebati.
3. Masukkan bahan B, kaup balik dengan sudip sahaja, klu guna mesin guna speed yamg paling rendah.
4. Masukkan dalam acuan 8' x8' yang telah digris & dialas dengan kertas minyak.
Bakar dalam suhu 170°C selama 45 minit.
5. Test kek dengan menggunakan lidi satey, cucuk ke dalam kek, klu lifi keluar bersih tanpa melekat maksudnya kek sudah masak.
6. Biarkan kek didalam loyang sebelum dituang atas redai untuk disejukkan.
7. Kek dibelah dibahagian tengah untuk filling

        


CHEESE FROSTING/HIASAN

Bahannya:
250gm cream cheese (ummi guna brand tatura)
250 gm cream well
80gm gula icing
1/2 sudu teh jus limau nipis
3 jenis pewarna ( ummi guna emalco blueberry, hijau apple & merah hati)
Manik gula-gula hiasan

Caranya:
1. Pukul cream cheese bersama cream well & gula icing hingga sebati.
2. Masukkan dalam piping beg, paipkan atas kek lapisan pertama yang telah dibelah tadi hingga rata.
3. Hiaskan mengikut kreativiti anda.

Wednesday, June 18, 2014

BISKUT BANGKIT DWI CHEESE

Biskut Bangkit Dwi Cheese 
 
Sedap, cair dimulut (melting in your mouth), sangat gebu.
 
Bahan A:
250gm buttercup
60gm cream cheese (Ummi guna brand Tatura)
100gm gula icing
2 biji telur kuning gred A
1/3 sudu the garam halus
 
Bahan B:
250gm tepung ubi kayu*
250gm tepung jagung*
* disanggai @goreng tanpa minyak
 
Hiasan:
Cheddar Cheese yang diparut secukupnya
 
   
 
Caranya:
1. Pukul bahan A hingga sebati
2. Masukkan bahan B, uli hingga sebati
3. Canai & terap dengan acuan bunga
4. Tabur parutan cheddar cheese diatasnya
5. bakar pada suhu 160C selama 18 minit
6. Angkat, sejukkan atas redai sebelum disimpan dalama bekas kedap udara.
 
 


BISKUT BANGKIT BIJAN PANDAN

Biskut Bangkit Bijan Pandan


Bahan A:
250gm buttercup
100gm gula icing
2 biji telur kuning
1 sudu teh emalco pandan
1/2 sudu the pewarna hijau
1/3 sudu the garam halus
 
Bahan B:
200gm tepung gandum*
230gm tepung ubi*
50gm bijan*
* disanggai @ goreng tanpa minyak
 
   
 
Caranya:
1. Pukul bahan A hingga sebati
2. Masukkan bijan, kacau hingga sebati
3. Masukkan tepung gandum & tepung ubi, uli hingga sebati
4. Canai & terap adunan dengan acuan berbentuk daun. Guna pencungkil gigi buluh untuk buat urat daun (menekan ke atas adunan biskut pada bahagian hujung yang tajam)
5. Bakar pada suhu 160C selama 17 minit.
6. Angkat, sejukkan atas redai sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Monday, June 16, 2014

TART NENAS GULUNG GEBU



Tart Nenas Gulung Gebu

Bahan A:
250gm butter
1 biji telur kuning gred A
1/2 sudu teh garam
50gm gula icing

Bahan B: diayak
280gm gandum
40gm tepung jagung
40gm tepung kastard
60gm susu tepung


        Bahan D:
Jem nenas secukupnya -gentel siap sebesar jari telunjuk ( ummi beli yang dah ready made kat kedai bahan kek)

Bahan C: (hiasan)
1 biji telur kuning gred A
1/2 sudu teh essen vanilla
Sedikit pewarna kuning


          
       
Cara membuatnya:
1. Pukul bahan A hingga sebati
2. Masukkan bahan B, uli hingga sebati
3. Guna acuan semperit/ tart..masukkan inti & gulung. Buat sampai habis
4. Sapukan  bahan C,  bakar dengan suhu 160°C selama 18 minit.



          





NASI GORENG IKAN REBUS BERSAMA CENDAWAN WHITE CRAB

 
Nasi Goreng Ikan Rebus Bersama Cendawan White Crab

Bahannya:
1 pinggan penuh nasi putih sejuk
1/2 biji bawang besar dicincang/ ditumbuk
5 biji cili padi dicincang halus/ ditumbuk
2 ekor ikan rebus diasingkan tulang & dihancurkan isinya
75 gm cendawan white crab dipotong akar
Garam & gula perang secukup rasa
Sedikit bahan perasa ( Ummi guna knorr cukup rasa,
Sedikit minyak jagung untuk menumis


          

Caranya;
1. Panaskan minyak, tumis bawang  & cili padi hingga layu.
2. Masukkan cendawan & ikan rebus, Kacau hingga masak
3. Masukkan nasi, garam, gula & bahan perasa, kacau hingga sebati & nasi kering serta tidak melekat
4. Hiaskan nasi dengan daun bawang & bawang goreng. Sedia untuk dihidang.




BISKUT ARAB SUSU


Biskut Arab Susu

Bahannya:
300gm minyak sapi tulen
150gm susu tepung (Ummi guna Dutch Lady Madu)
100gm gula icing
450gm tepung gandum diayak
1/2 sudu teh garam halus
Hirisan ceri merah untuk hiasan


           


Caranya:
1. Pukul minyak sapi, gula, susu tepung & garam hingga sebati
2. Masukkan tepung gandum, uli hingga sebati.
3. Ambil sikit adunan bulatkan sebesar ibu jari, tekan sedikit bahagian tengah dengan hujung jari manis. Letakkan ceri merah ditengahnya.
4. Bakar selama 10 minit dengan suhu 150°C.




           


Wednesday, June 4, 2014

NASI GORENG BELACAN LADA HIJAU

 
Nasi Goreng Belacan Lada Hijau


Bahannya:
1 pinggan penuh nasi putih sejuk
1cm belacan ditumbuk
3 ulas bawang putih diketuk
1/2 biji bawang besar ditumbuk
3 biji lada besar hijau ditumbuk
1+1/2 sudu makan ikan bilis halus
Garam & gula secukup rasa
Hirisan brokoli secukupnya
sedikit bahan perasa (Ummi guna knorr cukup rasa)
Minyak untuk menumis

Caranya:
1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk, tumis hingga masak.
2. Masukkan ikan bilis, kacau hingga masak
3. Masukkan garam, gula & bahan perasa,, kacau hingga sebati
4. Masukkan nasi putih & brokoli, kacau hingga nasi kering & tidak melekat.
5. Angkat, hiaskan dengan telur mata, cili merah & bawang goring.

              
  

COKLAT OAT COOKIES

Coklat Oat Cookies

Bahan A:
250gm butter
90gm gula perang
1 sudu teh essen vanilla

Bahan B: (campurkan semua bahan B dalam satu bekas-  kacau hingga sebati)
150gm tepung gandum*
70gm tepung jagung*
70gm tepung kentang*
20gm serbuk koko*
1/2 sudu teh serbuk penaik*
1/2 sudu teh garam halus
100gm quakers oat segera
70gm cip coklat
50gm badam nips disanggai.

* diayak.

Caranya:
1. Pukul bahan A hingga sebati.
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A, gaul hingga sebati.
3. Bentukkan adunan bulat sebesar guli..masukkan dalam cawan kertas.
4. Tekan kat tengah bulatan dengan jari telunjuk untuk buat lengkuk.
5. Letakkan sebiji coklat cip sebagai hiasan..tekan sikit supaya hujung coklat yang runcing masuk ke dalam.
6. Bakar dengan suhu 165°c selama 22 minit.



  

Tuesday, May 13, 2014

NASI MANDY AYAM REMPAH BERIYANI

Nasi Mandy Ayam Rempah Beriyani



NASI MANDY

Bahannya:
5 pot beras basmati
2 sudu makan rempah beriani
2 sudu makan tomato puree
2 sudu makan minyak sapi
1 biji bawang besar diblend kasar
5 ulas bawang putih diblend kasar
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh knorr cukup rasa
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 biji lada hijau
air secukupnya

          


Caranya:
1. Panaskan minyak sapi, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga , bunga cengkih, bawang merah & bawang putih hingga naik bau.
2. Masukka tomato puree & rempah beriani, kacau hingga sebati.
3. masukkan beras, kacau hingga sebati.
4. Masukkan air, garam, bahan perasa & lada hijau. Masak seperti biasa menggunakan rice cooker. ( Ummi guna periuk ajab, masak selama 7 minit saja)


         


         

AYAM MANDY

Bahannya: 
1 ekor ayam
2 sudu makan rempah beriyani
2 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan tomato puree
5 ulas bawang putih dikisar halus
1+1/2 sudu teh garam
1 sudu makan knorr cukup rasa

Caranya:
1. Perapkan ayam dengan semua bahan-bahan diatas selama 1-2jam.
2. Bakar dalam oven, suhu 180 darjah selama 1 jam, balikkan ayam selepas 1/2 jam. (Ummi guna magic pan aje).



 


SOS HARRAH

Bahannya:
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu makan perahan lemon (Ummi guna limau nipis)
4 tangkai daun ketumbar
1/2 sudu teh molasses brown sugar (Ummi tambah gula perang)
1/2 sudu teh garam

Caranya:
1. Kisar semua bahan diatas tanpa air
2. Sedia untuk dihidangkan bersama Nasi Mandy Ayam Beriyani.



 


SALAD ARAB

Bahannya:
1 biji timun dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
1 biji bawang besar holland dipotong dadu
5 tangkai daun ketumbar dihiris halus
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam

Caranya:
1. Campurkan semua bahan diatas, gaul hingga sekati. 
2. Sedia untuk dihidangkan bersama Nasi Mandy Ayam Beriyani (sedap disimpan dalam peti ais sebelum dimakan)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...