Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Monday, February 6, 2012

SAMBAL BILIS KERING



Sambal Bilis  Kering


Sambal ni boleh tahan lama (3 bulan lebih), sesuai dibawa bekal untuk anak-anak yang duduk asrama dan sebagainya.


Bahan-bahannya:
4 cawan ikan bilis belah, dibasuh bersih & ditoskan hingga kering
2 biji bawang merah besar dikisar halus
1`cm halia dikisar halus
1 ulas bawang putih dikisar halus
1 sudu besar cuka makan
6 sudu besar gula
2 sudu besar cili boh
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menggoreng
Sedikit minyak untuk menumis





Cara membuatnya:
1.Goreng ikan bilis dengan api yang perlahan hingga garing, angkat & ketepikan.
2.Panaskan minyak, tumis semua bahan kisar hingga naik bau.
3.Masukkan cili boh & semua bahan lain. Sentiasa kacau hingga pekat, kering & likat.Pastikan benar-benar kering supaya apabila digaul dengan ikan bilis, ia tidak lembik & lemau.
4. Gaul dengan ikan bilis & sejukkan. Simpan didalam tupperware kedap udara.

2 comments:

  1. Sedap ni. Sebagai bekalan untuk anak-anak yang tinggal di asrama.

    ReplyDelete
  2. untuk bawa bekal perjalanan jauh pun boleh..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...