Nasi Goreng Cendawan Shintage Kering
Bahan-bahannya:
1 pinggan penuh nasi putih sejuk
1/2 cawan cendawan shintage kering direndam dengan air panas
1/2 cawan daging dihiris halus & nipis
1 sudu makan tomato puree
1 sudu makan cili boh
1/2 biji bawang besar holland dimayang halus
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
1/4 cawan air
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan hiasan:
Hirisan cili padi
Daun bawang
Daun ketumbar/pasley
Cara Membuatnya:
1.Panaskan minyak, tumis bawang hingga naik bau, masukkan cili boh & tomato puree, kacau hingga naik minyak.
2. Masukkan daging & air, kacau sebentar, tutup dengan tudung periuk, renehkan sehingga air kering.
3.Masukkan cendawan, garam, gula & perasa secukup rasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan nasi, kacau hingga semuanya sebati.
5. Angkat & sedia untuk dihidang.
Hey Kak Ummi.. salam kenal dari melly. makasih yah dah singgah di blog melly.sedap nya nasi goreng cendawan.. nyam.. nyam
ReplyDeleteTerima kasih, sudi merasa...kalau nak makan singgahlah lagi
Deletesalam kenal dan ziarah...
ReplyDeleteTerima kasih, selamat berkenalan, jemput makan apa yang ada....
Delete