Bacalah Walau Sedetik

Dari Muaz bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Penghuni syurga (selepas memasuki syurga) tidak akan menyesal kecuali pada satu masa yang mereka lalui dahulu tidak berzikir kepada Allah. (HR Tabrani)

Random Hadith Widget

Saturday, February 18, 2012

NASI GORENG JAGUNG

Nasi Goreng Jagung


Bahan-bahannya:
1 pinggan penuh nasi putih sejuk
1 biji bawang besar holland dicincang halus
3 sudu makan isi jagung manis (Ummi guna jagung sejuk beku)
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
15-20 ekor ikan bilis
Garam & gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis


Bahan hiasan:
Sebiji telur dadar digulung & dihiris serong
Tomato
Daun salad
Cili merah
Daun ketumbar


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang hingga kekuningan. 
2. Masukkan ikan bilis, kacau hingga ikan bilis masak.
3. Masukkan serbuk kunyit, nasi, garam, gula & sedikit bahan perasa. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan telur, kacau hingga nasi & telur tidak melekat.
5. Angkat & hidangkan dengan bahan hiasan diatas.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...