Gulai Lemak Ikan Masin Bersama Nenas
8 keping potongan ikan masin (Ummi guna ikan masin duri)
1 jurai nenas dipotong kecil
1 sudu makan cili boh
1.5 cm kunyit hidup
5 cawan santan (Ummi guna santan segera sejuk beku + 4 cawan air suam)
1 biji bawang merah besar
2 keping hirisan lengkuas
1.2 cm kunyit hidup (serbuk kunyit pun boleh)
2 biji lada merah dibelah 2
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Cara membuanya:
1.Tumbuk bawang merah bersama kunyit hidup, & lengkuas hinnga lumat.
2. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau supaya tidak pecah minyak.
3.Apabila mendidih tutup api & sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment