Sandwich Telur Sweet Corn
Bahan-bahannya:
18 keping roti sandwich Gardenia, dibuang kulit tepi & dipotong serong pada bahagian tengah
3 biji telur
1 sudu makan susu tepung dibancuh dengan 80ml air@ 80ml fresh milk
1/2 cawan jagung beku sweet corn
1 sudu makan planta/marjerin
Sedikit serbuk lada sulah/lada hitam (optional)
Sedikit garam & gula
Daun salad
Cara Membuatnya:
1. Pukul telur bersama susu, garam , gula & lada sulah hingga sebati
2. Cairkan planta, masukkan telur yang telah dipukul tadi.(Masak dengan menggunakan api yang perlahan.)
3. Kacau sehigga telur berketul, masukkan jagung, kacau 2 minit.
4. Angkat & sedia untuk disapukan ke atas roti sandwich tadi. Letakkan sedikit daun salad didalamnya sebagai hiasan.
5. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment