Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Tuesday, August 7, 2012

KEREPEK POPIA NESTUM COKLAT

Kerepek Popia Nestum Coklat


Bahan-bahannya:
500gm kulit popia size 8.5'x 8.5', dipotong 3
2 biji telur
minyak untuk menggoreng

Cara Membuatnya:
1. Gulung kulit popia secara memanjang, hujungnya digam dengan telur. Buat sehingga habis kulit popia. (kulit popia hendaklah disimpan didalam bekas yang tertutup supaya tidak cepat kering & menjadi keras, ambil dalam kuantiti yang sedikit-sedikit, semasa proses membuatnya)
2. Gunting gulungan popia kepada saiz & bentuk yang dikehendaki.
3. Goreng dalam minyak yang banyak & api yang perlahan sehingga sedikit keperangan.
4. Angkat, sejukkan & toskan atas tissue towels. Salut popia yang telah sejuk dengan bahan salutan nestum coklat dengan goncang didalam bekas tupperware yang tertutup supaya sebati.
5. Simpan dalam bekas kedap udara. Sedia untuk dihidangkan.

Bahan Salutan:
4 sudu makan nestum
3 sudu makan gula
3 sudu makan malt coklat (Ummi guna Oligo)
3 sudu makan susu tepung (Ummi guna Ducth Lady)

Cara Membuatnya:
1. Kisar semua bahan-bahan diatas sehingga halus.
2. Tuangkan keatas popia yang telah digoreng didalam tupperware, goncang hingga sebati.

1 comment:

  1. hi..blog walking here tgk2 resepi..hee..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tg bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...