Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Tuesday, May 13, 2014

NASI MANDY AYAM REMPAH BERIYANI

Nasi Mandy Ayam Rempah Beriyani



NASI MANDY

Bahannya:
5 pot beras basmati
2 sudu makan rempah beriani
2 sudu makan tomato puree
2 sudu makan minyak sapi
1 biji bawang besar diblend kasar
5 ulas bawang putih diblend kasar
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh knorr cukup rasa
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 biji lada hijau
air secukupnya

          


Caranya:
1. Panaskan minyak sapi, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga , bunga cengkih, bawang merah & bawang putih hingga naik bau.
2. Masukka tomato puree & rempah beriani, kacau hingga sebati.
3. masukkan beras, kacau hingga sebati.
4. Masukkan air, garam, bahan perasa & lada hijau. Masak seperti biasa menggunakan rice cooker. ( Ummi guna periuk ajab, masak selama 7 minit saja)


         


         

AYAM MANDY

Bahannya: 
1 ekor ayam
2 sudu makan rempah beriyani
2 sudu makan minyak zaitun
2 sudu makan tomato puree
5 ulas bawang putih dikisar halus
1+1/2 sudu teh garam
1 sudu makan knorr cukup rasa

Caranya:
1. Perapkan ayam dengan semua bahan-bahan diatas selama 1-2jam.
2. Bakar dalam oven, suhu 180 darjah selama 1 jam, balikkan ayam selepas 1/2 jam. (Ummi guna magic pan aje).



 


SOS HARRAH

Bahannya:
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
1 sudu makan perahan lemon (Ummi guna limau nipis)
4 tangkai daun ketumbar
1/2 sudu teh molasses brown sugar (Ummi tambah gula perang)
1/2 sudu teh garam

Caranya:
1. Kisar semua bahan diatas tanpa air
2. Sedia untuk dihidangkan bersama Nasi Mandy Ayam Beriyani.



 


SALAD ARAB

Bahannya:
1 biji timun dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
1 biji bawang besar holland dipotong dadu
5 tangkai daun ketumbar dihiris halus
sedikit serbuk lada hitam
sedikit garam

Caranya:
1. Campurkan semua bahan diatas, gaul hingga sekati. 
2. Sedia untuk dihidangkan bersama Nasi Mandy Ayam Beriyani (sedap disimpan dalam peti ais sebelum dimakan)





CHEESEKUT DELUXE

 Cheesekut Deluxe

Bahannya:
250gm cream cheese
200gm UHT whiping cream
1/2 cawan susu pekat manis
2 sudu makan fresh milk
250 ml fresh milk (untuk celup biskut)
1 paket biskut Deluxe Crackers
Loyang empat segi 8'x8'

             

 

Caranya:
1. Putar cream cheese + whiping cream +susu pekat + 2 sudu makan  fresh milk hingga sebati
2. Alas loyang 8'x8' dengan plastik, lebihkan keluar supaya senang untuk diangkat apabila hendak dipotong. (gambar yang kat bawah tu Ummi guna loyang 9'x9', dapat 3 layer aje.)
3. Celupkan biskut dalam fresh milk dan susun dalam loyang.
4. Sapukan adunan cheese ke atas susunan biskut tadi hingga rata. Letak biskut lagi, kemudian cheese secara selang-seli sehingga habis.
5. Letakkan dalam peti sejuk selama 6 jam sebelum dipotong.
6. Hias mengikut kreativiti masing-masing. Ummi letak coklat cair dan strawberi filling kat atasnya.

Hiasan:
Serbuk koko
susu pekat manis
Fresh milk

Caranya:
Masak atas api yang perlahan, kacau hingga sebati. Guna piping beg untuk corakkan atas cheesekut.

         
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...