Bacalah Walau Sedetik

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda: Berdiri sejenak di jalan Allah SWT adalah lebih baik dari beribadat pada malam lailatul Qadar di hadapan Hajar Aswad. (HR Ibn Hibban)

Random Hadith Widget

Saturday, February 11, 2012

DAGING GORENG ASAM BELIMBING BULUH



Daging Goreng Asam Belimbing Buluh


Bahan-bahannya:
250gm daging dihiris nipis
5 biji belimbing buluh dihiris serong
1 biji lada merah dihiris serong
1/2 biji bawang besar dimayang
3 ulas bawang putih
1.5cm kunyit hidup
1 sudu teh garam /secukup rasa
Sedikit bahan perasa
1/2 cawan air
Sedikit minyak untuk menggoreng


Belimbing Buluh


Cara membuatnya:
1. Tumbuk kunyit bersama bawang putih, garam & bahan perasa.
2. Gaulkan daging bersama bahan tumbuk diatas.
3. Panaskan minyak, masukkan daging, kacau sekejap, masukkan air, tutup dengan tudung periuk,perlahankan api, renehkan sehingga kering air. Masukkan lada, belimbing & bawang besar. Kacau selama 2-3 minit & angkat.
4. Sedia untuk dihidang.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...