Bihun Goreng Putih Bersama Sotong & Carrot
Bahan-bahannya:
250 gm bihun kering direndam dalam air selama 30 minit
1/2 batang carrot disagat halus
1 biji bawang merah besar dimayang/ dicincang halus.
4 ulas bawang putih diketuk/ ditumbuk kasar
100gm sotong dipotong cincin
garam & gula secukup rasa
sedikit serbuk lada sulah
sedikit air jika perlu
minyak untuk menumis
Bahan Hiasan:
Hirisan cili padi hijau
Bawang Goreng
Telur dadar yang dihiris nipis
Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bawang merah, kacau hingga layu.
2. Masukkan sotong, kacau hingga masak.
3. Masukkan garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan Bihun & carrot, kacau hingga sebati. Jika bihun masih keras, tambahkan sedikit air. Kacau hingga bihun sebati & lembut.
5. Masukkan serbuk lada sulah, kacau hingga sebati.
6. Angkat, hidangkan bersama bahan hiasan diatas.
No comments:
Post a Comment