Ayam Goreng Kicap Blackpaper
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam dibelah 2, diperap garam, serbuk kunyit & perasa, digoreng hingga masak.
1/2 cawan kicap lemak manis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam (blackpaper)
3 ulas bawang putih dicincang
2 hirisan halia dimayang halus
1 biji bawang besar holland dimayang halus
2 kuntum bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1/2 cawan air
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis
Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih, bawang besar, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga hingga naik bau.
2. Masukkan kicap, air, garam gula & perasa, kacau hingga sebati.
3. Masukkan ayam, balik-balikkan, biarkan mereneh hingga kuah pekat.
4. Masukkan serbuk lada hitam, kacau hingga sebati.
5. Angkat, hiaskan dengan ukiran bawang merah & daun kemangi. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment