Nasi Goreng Tauhu
Bahan-bahannya:
1 pinggang penuh nasi putih
6 ekor udang, dibuang kepala & kulit
1 keping tauhu dipotong kecil
5 tangkai kacang panjang dipotong kecil
1 biji bawang besar ditumbuk
4 tangkai lada kering ditumbuk
3 ulas bawang putih diketuk
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan cili kering & bawang besar, kacau hingga kekuningan.
2. Masukkan udang & tauhu, kacau hingga udang masak & tauhu hancur.
3. Masukkan garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
4. masukkan kacang panjang & nasi, kacau hingga nasi kering & tidak melekat.
5. Angkat, sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment