Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Monday, June 11, 2012

MEE GORENG SOTONG


Mee Goreng Sotong

Bahan-bahannya: (3-4 orang makan)
250gm mee kuning dibasuh & ditoskan
100gm sotong dipotong cincin
4 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar merah dimayang/cincang halus
2 sudu makan cili boh
2 biji telur
6 sudu makan kicap lemak manis
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Hirisan kobis secukupnya
Minyak untuk menumis


           
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau, masukka bawang besar merah, kacau hingga layu.
2. Masukkan cili boh, kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan sotong, kacau hingga masak.
4. Masukkan kicap, garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
5. Pecahkan telur, kacau hingga berketul.
6. Masukkan mee & kobis, kacau hingga sebati.
7. Angkat, hiaskan dengan hirisan daun sup, bawang goreng & tomato ceri, sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...