Nasi Goreng Putih Blackpaper
Bahan-bahannya:
1 pinggan penuh nasi putih sejuk (macam nasi tambah)
100 gm isi ayam dihiris kecil
1/2 cawan ikan bilis kecil
3 rumpun pak choy dipotong kecil
4 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar merah dimayang halus
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.2. Masukkan bawang merah, kacau hingga layu.
3. Masukkan ayam, goreng hingga masak.
4. Masukkan ikan bilis, kacau hingga masak.
5. Masukkan garam, gula & perasa, kacau hingga sebati
6. Masukkan nasi & pak choy, kacau hingga sebati.
7. Masukkan serbuk lada hitam, kacau hingga nasi goreng kering & tidak melekat.
8. Angkat, hiaskan dengan bawang goreng & hirisan lada merah. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment