Mee Sedap Kari
Bahan-bahannya: (3 - 4 orang makan)
3 paket mee segera perisa kari (Ummi guna brand Mee Seedap)
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos cili
2 biji tomato dibelah 8
7 cawan air
1 biji bawang besar dimayang halus
4 ulas bawang putih diketuk
200gm ayam dipotong kecil
hirisan kobis
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Cara Memasak:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bawang besar, bunga lawang & buah pelaga , kacau hingga kekuningan.
2. Masukkan serbuk kari, cili boh & sos cili, kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kacau sekejap, masukkan air, garam, gula, semua perisa segera yang disertakan dalam paket mee seedap. Biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan kobis, tomato & mee segera. Kacau selama 2 minit & angkat.
5. Hiaskan dengan hirisan cili padi & tomato, daun kemangi, sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment