Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Saturday, June 30, 2012

BUBUR CHA-CHA KELEDEK

Bubur Cha-cha Keledek

Bahan-bahannya:
250gm biji cha-cha kering direbus hingga lembut & ditoskan.
400gm ubi keledek dipotong kiub, direbus hingga empuk
5 cawan santan (Ummi guna santan kelapa sawit khalis- 1 cawan santan + 4 cawan air)
1 helai daun pandan disimpul
1 sudu teh garam halus
gula melaka secukupnya

        

Cara membuatnya:
1. Masak santan bersama gula melaka, garam & daun pandan, sentiasa kacau hingga mendidih.
2. Masukkan biji cha-cha & keledek. Tutup api, angkat & sedia untuk dihidang.

        




GULAI DARAT AYAM

Gulai Darat Ayam

Bahan-bahannya:
3/4 ekor ayam dipotong kecil
5 cawan santan (Ummi guna santan kelapa sawit khalis 1 cawan + 4 cawan air)
3 sudu makan serbuk kari daging/ayam
2 sudu makan ketumbar ditumbuk
2 biji bawang besar merah ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
4 hirisan lengkuas ditumbuk
1.5cm halia ditumbuk
1.5cm kunyit ditumbuk
5 tangkai cili kering ditumbuk
1 keping asam keping
gula melaka@nissan secukupnya
garam secukup rasa
sedikit bahan perasa


        


Cara Memasak;
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk, masak hingga mendidih.
2. Tutup tudung periuk reneh dengan api yang perlahan  sehingga pecah minyak
3. Angkat , hiaskan dengan tomato & daun kari. Siap untuk dihidang.



Friday, June 29, 2012

KEBAB FRANKFURTER AYAM

Kebab Frankfurter Ayam

Bahan-bahannya:
6 biji roti frunkfurter Gardenia dibelah tengah
3 keping daging burger Ayam (Ummi guna brand Ramly)
1 biji timun jepun dihiris halus
Sos cili thai secukupnya(Ummi guna brand life-anggaran 5 sudu makan)
Mayonis secukupnya (anggaran 4 sudu makan)
Planta secukupnya untuk sapuan roti
Daun Sayur Minyak




                

         

         



Cara Membuatnya:
1. Panggang daging burger atas frypan hingga masak (bertukar warna keperangan & sejukkan)
2. Hiris @ gunting daging burger yang telah masak, kecil & nipis
3. Sapu roti dengan planta, bakar sekejap atas frypan. Buat sampai habis, angkat & ketepikan.
4. Campukan dalam satu bekas daging burger, timun, mayonis & sos cili. Gaul hingga sebati. Sedia untuk diletakkan diatas roti.
5. Letakkan daun sayur minyak diikuti dengan campuran inti diatas. Kalau nak pedas, tuangkan sos cili diatasnya kalau nak pedas. Buat sehingga roti habis.
6. Sedia untuk dihidangkan.

       



KERANG REBUS

Kerang Rebus

Bahan-bahannya:
1 kg kerang dibasuh bersih & ditoskan
4 ulas bawang putih diketuk
1 batang serai diketuk
Air secukupnya (sama paras dengan kerang didalam periuk)
Garam secukup rasa
Sedikit Bahan Perasa

         

Cara Memasak:
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk. Masak dengan api yang sederhana.
2. Tutup tudung periuk rebus sehingga ada kerang yang terbuka (menandakan sudah masak - rebus 20-30minit)
3. Angkat sedia untuk dihidangkan bersama sos cili dsb.

DAGING GORENG KICAP


Daging Goreng Kicap

Bahan-bahannya:
350gm daging bahagian lembut dihiris nipis
1 biji bawang besar dimayang@ cincang halus
4 ulas bawang putih diketuk
3 keping hirisan halia dimayang halus
1 cawan air
1 cawan kicap lemak manis ( Ummi guna brand Jalen)
1/2 sudu teh pes asam jawa (Ummi guna brand Adabi)
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak zaitun untuk menumis


             

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau
2. Masukkan bawang besar & halia, kacau hingga kekuningan.
3. Masukkan daging, kacau sekejap hingga bertukar warna dari kemerahan hingga pudar
4. Masukkan kicap, air, garam, gula, asam jawa & perasa, renehkan 15 minit sehingga kuah pekat & daging empuk. (Tutup dengan tudung periuk supaya daging cepat empuk)
5. Angkat, hiaskan dengan kulit tomato & daun sayur minyak. Sedia untuk dihidang.

Thursday, June 28, 2012

HALIA

Halia Tua

            
Halia Muda 


Pokok Halia (Sumber: Wikepedia) 

Nama Botani : Zingiber Officinale Roscoe
Nama Lain : Ginger (bahasa Inggeris), Jahe, Aliah, Jae, Sipadeh, Lia (Indonesia), dan Kinkh atau Khing-daen (Thailand)
Famili : Zingiberaceae
Genus: Zingiber
Spesies : Z. officinale
Negara Asal : China
Khasiat :
1. Buang angin- Rebus halia + lada hitam, & diminum air rebusannya.
 2. Terseliuh- Halia tua ditumbuk halus & ditampal dibahagian berkenaan.
3. Lain-lain: mengubati penyakit sendi, cirit-birit, pening kepala, demam panas, membantu penghadaman makanan, mengawal hati daripada kesejukan, menghilangkan bau busuk mulut, menguatkan tenaga batin (menambahkan air mani)
4. Boleh dijadikan ulam mentah (halia muda) & bahan perasa dalam masakan.
Penerangan : Sejenis tumbuhan herba berizom, berdaun hijau tirus, tumbuh dalam rumpun & mempunyai batang yang tidak berkayu & isinya berwarna kekuningan . Ia digunakan sebagai rempah ratus perasa dalam makanan. Rasanya agak pedas & beraroma.  Cara pembiakannya ialah melalui rizom.


Wednesday, June 27, 2012

SAMBAL SOTONG GETAH

Sambal Sotong Getah

Bahan-bahannya:
350 gm sotong getah, dipotong kecil & direbus selama 3-5 minit dalam air mendidih + 2 keping asam keping + 1 sudu teh garam & ditoskan.
1+1/2 sudu makan pes cili (cili giling yang telah siap digoreng dengan minyak- Ummi guna yang ready made daripada thailand -yang kedai makan selalu guna- rujuk gambar kat bawah, 3 kg = RM 29)
1 biji bawang besar dimayang halus
3 hirisan halia dimayang halus
3 ulas bawang putih dicincang halus
1/2 cawan air
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak zaitun untuk menumis



        

Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar & halia, kacau hingga kekuningan.
2. Masukkan semua bahan lain, kacau hingga sebati & kuah agak pekat.
3. Angkat, taburkan kacang tanah tumbuk diatasnya bersama daun kemangi sebagai hiasan Sedia untuk dihidang.


         



SAYUR MINYAK GORENG BERSAMA SOS TIRAM

Sayur Minyak Goreng Bersama Sos Tiram

Bahan-bahannya:
150 gm sayur minyak, diceraikan daripada rumpunnya
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 sudu makan sos tiram
1/2 cawan air
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
sedikit minyak zaitun untuk menumis


         

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. masukkan sayur minyak, air, garam, gula, sos tiram & perasa. Kacau 2 minit & angkat.
3. Hiaskan dengan hirisan cili padi diatasnya. Sedia untuk dihidang.

POKOK KADUK

Pokok Kaduk 





Nama Saintifik: Piper Sarmentosum
Nama Botani : Piper Sarmentosum Roxb
Nama Lain: Karuk, Wild Pepper Leaf, Sirih Tanah, Kado-kado, Gofu Tofere, Betel Leaf (English)
Famili : Piperaceae
Genus: Piper
Negara Asal: Malaysia, Borneo & Indonesia

Khasiat :
1. Melawaskan kencing - Rebus pokok kaduk bersama akarnya & diminum.
2. Merawat Demam Malaria- rebus daun kaduk  & diminum air rebusannya.
3. Melegakan  selsema, sakit pinggang, sakit gigi & sengal tulang, sembelit- minum air rebusan daun kaduk & akarnya.
4. Cacing Dalam Perut-Mandi dengan air ramasan daun kaduk
5. Melegakan batuk-Sapu bahagian leher dengan daun kaduk yang dikisar halus bersama sedikit air
6. Panau- Sapu bahagian yang ditumbuhi panau dengan daun kaduk yang ditumbuk lumat.
7. Sebagai bahan dalam masakan, ulam, kerabu, urap, masak gulai ikan darat,  dsb.

Penerangan : Sejenis pokok herba renek yang tumbuh liar menjalar, hidup ditempat yang redup & lembap . Daunnya berwarna hijau & bentuknya menyerupai seakan-akan pokok sirih, mempunyai aroma yang kuat. Cara pembiakannya ialah melalui anak benih & keratan batang.

Tuesday, June 26, 2012

DAUN KEMANGI

Daun Kemangi


            


Nama Saintifik: Ocimum Basilicum
Nama Botani : Ocimum ×citriodorum
Nama Lain: Lemon Basil (English), Manglak (Thailand)
Famili : Lamiaceae
Genus: Ocimum
Negara Asal: India

Khasiat :
1. Merawat Kembung Perut  - Sapu rebusan kemangi bersama bawang merah & minyak kelapa pada bahagian perut & dada.
 2. Merawat Bau Badan & Bau Mulut- rebus daun kemangi bersama daun bluntas & kunyit hidup didalam air yang mendidih, sejukkan & diminum @ daun kemangi segar dibuat ulam.
3. Merawat Sakit Perut, Kecacingan , Menguatkan buah pinggang , mengelakkan gigitan nyamuk- Kisar daun kemangi dengan air & diminum.
3. Sebagai bahan dalam masakan, ulam, kerabu dsb.
Penerangan : Sejenis pokok herba renek, boleh ditanam didalam pasu dihalaman rumah . Daunnya berwarna hijau & bentuknya menyerupai seakan-akan pokok selasih, mempunyai aroma yang kuat. Cara pembiakannya ialah melalui biji benih & keratan batang.

CENDAWAN SHINTAGE KERING MASAK BLACK PAPER BERSAMA BROKOLI

Cendawan Shintage Kering Masak Blackpaper Bersama Brokoli

Bahan-bahanya:
300 gm brokoli, dihiris kecil, dicelu dalam air mendidih selama 2 minit (air rebusan + 1 sudu minyak masak + 1 sudu teh garam), toskan & susun atas pinggan.
10 ulas @ 1 labu  bawang putih ditumbuk kasar
15 biji cendawan shintage kering direnda selama 30 minit didalam air panas & dibelah 2
2 sudu makan kicap (boleh diganti dengan sos tiram lagi sedap)
1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1 cawan air
serbuk lada hitam secukupnya
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis (Ummi guna minyak bunga matahari)


         

Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan cendawan, kacau sekejap, masukkan tepung jagung, garam, gula, perasa, kicap & serbuk lada hitam. Kacau hingga sebati & kuah pekat.
3. Angkat, tuangkan diatas brokoli yang telah dicelur.
4. Sedia untuk dihidang.

         

NASI GORENG PETAI BERSAMA UDANG

Nasi Goreng Petai Bersama Udang

Bahan-bahannya:
1 pinggan penuh nasi putih
6 ekor udang dibuang kepala
12 biji petai, dibuang kulit & dibelah 2
2 sudu makan cili boh
1 biji bawang besar dimayang halus
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji telur
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis


         

Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik  bau
2. Masukkan bawang besar, kacau hingga kekuningan.
3. Masukkan cili boh, kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan udang, petai, garam, gula & perasa, kacau hingga udang masak.
5. Pecahkan telur, kacau hingga telur berketul.
6. Masukkan nasi putih, kacau hingga kering & tidak melekat.
7. Angkat, sedia untuk dihidang.

Bahan hiasan:
buah tomato ceri yang dibelah 8

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...