Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Saturday, May 12, 2012

NASI KERABU BIRU

Nasi Kerabu Biru


NASI BIRU 

Bahan-bahannya:
4 pot beras
4 titik perwarna makanan biru
3 helai daun limau purut
Air secukupnya

Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua kedalam rice cooker.
2. On, tekan cook, biarkan hingga masak.

SAMBAL IKAN & KELAPA


Bahan-bahannya:
1/2 kg ikan direbus & diasingkan tulang.
1/2 biji kelapa parut putih
1/2 sudu teh lada hitam
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa


          

          


Cara Membuatnya:
1. Hancurkan isi ikan hingga halus (ramas dengan tangan)
2. Masukkan isi ikan & kelapa putih kedalam kuali. Goreng tanpa minyak hingga kekuningan. (sentiasa kacau & sentiasa goreskan bahan yang melekat kat kuali supaya tidak hangit)
3. Masukkan garam, gula, perasa & lada hitam. Kacau hingga sebati.
4. Angkat & biarkan sejuk. Kisar dengan blender kering hingga halus. Sedia untuk dimakan bersama Nasi kerabu.

SAMBAL TUMIS


Bahan-bahannya:
2+1/2 cawan santan dari 1/2 biji kelapa.
2 sudu makan cili boh
2 biji bawang merah besar dikisar
1.5 cm halia dikisar
1 batang serai diketuk
gula melaka secukupnya
garam secukup rasa
sedikit bahan perasa

Cara Membuatnya:
1. Masukkan semuanya kedalam periuk. Kacau hingga mendidih & pecah minyak (supaya tahan lama & lambat basi)
2. Sedia untuk dihidang bersama nasi kerabu.

SAMBAL CUKA
30 biji cili padi hijau
2 sudu makan cuka makan
1 ulas bawang putih
garam & gula secukup rasa
3 sudu makan air
sedikit perasa

Cara Membuatnya:
1. Kisar semua bahan hingga hancur.
2. Sedia untuk dihidangkan bersama Nasi Kerabu.

ULAM-ULAMAN

Bahan-bahannya: (terpulang pada selera masing-masing)
1 biji timun
6 tangkai kacang panjang
1/4 biji kobis
1 kuntum bunga kantan
1/2 genggam daun kesum
3 helai pucuk kaduk
3 helai daun cekur muda
5 helai daun limau purut muda
10 helai pokok pegaga gajah

Lain-lain ulam yang boleh digunakan:
Daun salam
Daun selom
ulam raja
petai belalang
bawang holland
dll

Cara menyediakannya:
1. Dihiris halus, ulam jenis daun boleh dacampurkan satu bekas.
2. Sedia untuk dihidangkan bersama Nasi Kerabu.

Bahan-bahan Sampingan yang lain: (kalau suka)
Budu
Telur masin jeruk
Ikan goreng celup tepung
Ayam goreng
Keropok Ikan 
Bawang Putih Jeruk
dll

           

Cara Menghidangkan Nasi Kerabu: (untuk sepinggan nasi)
1. Letakkann 3 sudu makan Sambal ikan kelapa.
2. 1 sudu teh budu
3. 1 sudu makan sambal tumis
4. 1 sudu teh sambal cuka (kalau nak pedas)
5. Letakkan semua jenis ulam, ikut kuntiti yang dikehendaki.
6. Tambahkan bahan sampingan yang lain. Sedia untuk dimakan.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...