Sup Tulang Rusuk Kambing
Bahan-bahannya:
1/2kg tulang rusuk kambing
4 ulas bawang putih diketuk
2 biji bawang besar merah dimayang/cincang halus
2cm halia diketuk
1 keping asam keping
3/4 sudu teh serbuk lada hitam
1 paket sup bunjut
10 cawan air
1.5 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
6 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis
Bahan hiasan/tambahan:
Bawang goreng
hirisan daun sup
hirisan daun bawang
hirisan cili padi
belahan tomato ceri
Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, biji pelaga, bunga cengkih & bawang merah. Kacau hingga bawang merah layu.
2. Masukkan air, tulang kambing, asam keping, halia & sup bunjut. Biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan garam, gula & perasa, renehkan dengan api yang perlahan selama 1 jam.
4. Angkat, hiaskan dengan bahan hiasan, sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment