Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Saturday, May 19, 2012

BUBUR NASI AYAM CARROT

Bubur Nasi Ayam Carrot

Bahan-bahannya:
4 cawan nasi putih dikisar bersama air
5 cawan air (termasuk untuk kisar nasi)
3 ulas bawang merah dimayang halus
2 ulas bawang putih dicincang
1/2 batang carrot dipotong kecil
3/4 cawan isi ayam dipotong halus
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
sedikit serbuk lada hitam
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis



Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih, bawang merah bersama kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga sehingga naik bau.
2. Masukkan semua bahan yang lain kecuali carrot, biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan carrot, kacau selama 2 minit & angkat.
4. Hiaskan diatasnya dengan bawang goreng, daun sup & daun bawang. Sedia untuk dihidang.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...