Kue Teow Goreng Udang
Bahan-bahannya:
450gm Kue Teow dileraikan supaya tidak melekat
15 ekor udang dibuang kulit
5 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar merah dicincang halus
1 biji tomato dicincang halus
1 mangkuk kecil hirisan kobis
5 sudu makan kicap lemak manis
1 biji telur ayam
1 sudu makan cili boh
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis
Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bawang merah, kacau hingga layu, masukkan cili boh & tomato, kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan udang, kicap, garam, gula & perasa, kacau hingga udang masak.
4. Masukkan telur, scramblekan hingga masak.
5. Masukkan Kue Teow, kacau sehingga semuanya sebati.
6. Angkat, hiaskan dengan bawang goreng dsb. Sedia untuk dihidang
No comments:
Post a Comment