Nasi Goreng Daging Blackpaper
Bahan-bahannya:
1 pinggan penuh nasi putih sejuk
1 biji bawang besar merah dimayang@ dicincang halus
1 mangkuk kecil daging goreng blackpaper dihiris halus (lebihan lauk malam tadi)
1 sudu makan tomato puree
2 biji telur
4 batang kacang panjang dipotong kecil
serbuk lada hitam secukupnya (kalau nak pedas letak lebih)
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
1. Tumis bawang hingga layu, masukkan tomato puree, kacau hingga sebati.
2. Masukkan 2 biji telur, kacau hancur hingga kering.
3. Masukkan garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan nasi, kacang panjang & daging goreng blakpaper, kacau hingga sebati & nasi kering berderai.
5. Angkat & sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment