Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Saturday, May 12, 2012

KUE TEOW GORENG BASAH

Kue Teow Goreng Basah


Bahan-bahannya:
450gm Kue Teow
15 ekor udang dibuang kulit
5 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar merah dicincang halus
1 sudu makan tomato puree
2 sudu makan cili boh
5 sudu makan kicap lemak manis
3 sudu makan sos ikan
2 biji telur
1/2 cawan air
8 tangkai hirisan daun kucai
garam & gula secukup rasa (kurangkan kuantiti garam kerana sos ikan dah masin)
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis


          


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang merah, kacau hingga layu.
2. Masukkan Cili boh & tomato puree, kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan udang, kacau hingga masak. Pecahkan telur kedalamnya, scramble hingga berketul, masukkan air, garam, gula, sos ikan & perasa. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan Kue Teow & daun kucai. Kuatkan api, kacau 2 minit & angkat.
5. Sedia untuk dihidang. Hiaskan diatasnya dengan bawang goreng & tomato ceri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...