Kari Daging Kambing
Bahan-bahannya:
1/2kg daging kambing dipotong nipis
5 cawan santan daripada 1 biji kelapa@ secukupnya
5 sudu makan rempah kari daging dibancuh dengan sedikit air
1 keping asam keping
3 ulas bawang merah dimayang halus
2 biji bawang merah besar dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
2 cm halia dikisar
2 tangkai daun kari
1 sudu makan cili boh
1+1/2 sudu makan kerisik
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
gula melaka@ nissan secukupnya
garam secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
1. Tumis bawang merah yang dimayang bersama kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar, rempah kari, kerisik & cili boh, kacau hingga rempah masak.
3. Masukkan daging kambing, santan & kesemua bahan lain. Kacau hingga sebati, biarkan mereneh dengan api yang perlahan hingga daging empuk & pecah minyak. (masak selama 1 jam)
4. Angkat & sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment