Pucuk Paku Goreng Belacan
Bahan-bahannya:
1 ikat pucuk paku, diambil bahagian lembut sahaja
1/2 biji bawang besar merah
1/2 sudu teh belacan
5 biji cili padi
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis
Cara Membuatnya:
1. Tumbuk bawang bersama belacan & cili padi semua bahan hingga separa halus
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk diatas hingga naik bau.
3. Masukkan pucuk paku, garam, gula & perasa, kacau hingga masak & sebati.
4. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment