Daging Goreng Bersama Kentang
Bahan-bahannya:
200gm daging dihiris nipis, diperap bersama bawang putih, serbuk kunyit, garam & perasa selama 15-30 minit.
3 biji kentang dipotong baji
1 biji bawang besar dimayang
1/2 cawan air
sedikit gula & perasa
minyak untuk menggoreng
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, masukkan daging, kacau sekejap, masukkan air, tutup dengan tudung periuk, perlahankan api, renehkan hingga separa masak.
2. Masukkan kentang, kacau sekejap, tutup dengan tudung periuk hingga daging & kentang empuk. (kalau tak cukup boleh tambah air)
3. Masukkan bawang & sedikit gula, kacau hingga bawang layu.
4. Angkat, hiaskan dengan hirisan daun sup & lada merah. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment