Telur Dadar Ulam Raja
Bahannya:
2 biji telur ayam gred B dipecahkan ke dalam mangkuk
6 tangkai daun ulam raja dihiris halus
2 ulas bawang merah dimayang halus
1/2 sudu teh garam
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menggoreng (Ummi guna minyak bunga matahari Neu Vida)
Caranya:
1. Campurkan semua bahan di atas, pukul hingga sebati.
2. Panaskan minyak, goreng hingga kekuningan dikedua belah.
3. Angkat, hiaskan dengan pucuk & bunga ulam raja. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment