Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Monday, September 16, 2013

TELUR BISTIK DAGING

 
Telur Bistik Daging



Lauk Atas Telur

Bahannya:
100gm daging batang pinang dicincang halus
1/2 biji bawang besar holland dicincang dadu
1/2 biji tomato dipotong dadu
1/4 batang carrot dipotong dadu
1/3 batang timun dibuang pulur, dipotong dadu

3 biji cendawan butang dihiris nipis
1 sudu makan biji jagung
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos ikan
1/2 cawan air
Sedikit bahan perasa
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


          

Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu.
2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna.
3. Masukkan air, tutup dengan tudung periuk, reneh  hingga daging empuk
4. Masukkan pes cili, garam, gula, sos tomato, sos tiram, sos ikan & bahan perasa. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan semua sayur diatas, kacau selama 2 minit  & angkat, hidangkan diatas pinggan.



Telur Dadar

Bahannya :
3 biji telur
Garam secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menggoreng


Caranya:
1. Campurkan semua bahan diatas, pukul hingga sebati
2. Panaskan minyak atas frypan. Masukkan telur, goreng dengan api yang perlahan sehingga perang dikedua belah.
3. Angkat, letakkan diatas pinggan, letakkan lauk diatasnya. Hiaskan dengan gulungan kulit tomato & daun belalai gajah. Sedia untuk dihidang.

          

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...