Kepak Ayam Panggang Madu Sweet Sour
Bahannya :
14 ketul kepak ayam
4 sudu makan madu
4 sudu makan sos tiram
1 sudu teh garam
10 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu makan pes cili maepranom
2 biji limau nipis diambil jusnya
Sedikit bahan perasa (Ummi guna Knorr Pasti Sedap).
3 sudu makan minyak untuk memanggang (Ummi Guna Magic Pan)
Caranya:
1. Basuh bersih kepak ayam & toskan. Perap kepak ayam dengan bahan-bahan diatas selama 1-2 jam
2. Letak sedikit minyak atas Magic Pan, masukkan kepak ayam, gunakan api yang perlahan, panggang sehingga masak dikedua-dua belah permukaan.
3. Angkat, hiaskan bersama daun & bunga ulam raja, sedia untuk dihidang. Sedap dimakan bersama nasi panas.
No comments:
Post a Comment