Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Monday, September 30, 2013

KETUPAT SOTONG KELANTAN

 
Ketupat Sotong Kelantan


Bahannya:
1kg sotong dibuang tulang lembut, dakwat hitam & gigi (Ummi beli saiz kecil, dapat 18 ekor, kalau sotong yang bertelur lagi sedap)
3/4 cawan beras pulut, dibasuh bersih & toskan.
3/4 cawan santan & 1/4 sudu teh garam @secukupnya (untuk rendam pulut)
2+1/2 cawan santan untuk rebus sotong
2 keret nissan (2 keping gula melaka)
1/2 sudu teh garam@ secukup rasa
3 keping hirisan halia muda
5 helai daun pandan
Pencungkil gigi buloh secukupnya @ lidi yang ditajamkan bahagian hujungnya
Sedikit bahan perasa jika suka


       

Caranya:
1. Rendam beras pulut dengan santan & sedikit garam selama 1-2 jam
2. Masukkan beras pulut ke dalam badan sotong separuh penuh. (jangan letak banyak sangat, nanti beras pulut x masak sempurna)
3. Tutup balik dengan kepala sotong, cucuk dengan lidi @ Pencungkil gigi untuk melekatkannya.
4. Buat sehingga habis sotong.
5. Susun daun pandan didasar  periuk.Letakkan sotong diatasnya. Masukkan gula melaka, garam, perasa & halia. Reneh sehingga kuah pekat.

6. Angkat, sedia untuk dihidang.

             





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...