Nasi Goreng Ikan Masin Bersama Cendawan Shintage
Bahannya :
2 pinggan penuh nasi putih sejuk
1 biji bawang besar merah ditumbuk
3 keping ikan tenggiri masin jeruk ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
6 tangkai cili kering ditumbuk
2 biji telur
30gm cendawan shintage kering (direndam air panas)
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menumis
Caranya :
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga masak.
2. Masukkan cendawan shintage, kacau hingga masak.
3. Masukkan telur, kacau hingga berketul.
4. Masukkan garam, gula & perasa. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan nasi putih, kacau hingga sebati, nasi kering & tidak melekat.
6. Angkat, hiaskan dengan daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment