Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Tuesday, September 24, 2013

DAGING GORENG KUNYIT BERSAMA DAUN BAYAM HIJAU

 
Daging Goreng Kunyit Bersama Daun Bayam Hijau


Bahannya :
300gm daging dihiris nipis
2.5cm kunyit hidup ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu teh garam halus
1 ikat bayam hijau diambil daunnya sahaja
1 biji buah tomato dibelah  8
1/2 biji lada benggala merah dipotong memanjang
1 cawan air
1 biji bawang besar holland dimayang kasar
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menggoreng  (1 senduk kecil)


             

Caranya:
1. Tumbuk kunyit, bawang putih bersama garam & perasa, gaulkan bersama daging, perapkan selama 10-15 minit
2. Panaskan minyak,  masukkan daging, Kacau hingga berubah warna.
3. Masukkan air & tomato , tutup dengan  tudung periuk, biarkan mereneh hingga daging empuk & tomato hancur.
4. Apabila  air kering, masukkan lada benggala, bawang besar & daun bayam. Kacau hingga daun bayam layu.
5. Angkat, hiaskan dengan gulungan kulit tomato,  sedia untuk dihidang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...