Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Monday, September 16, 2013

TELUR BUNGKUS INTI DAGING

 
Telur Bungkus Inti Daging



Inti Daging

Bahannya:
100gm daging batang pinang dicincang halus
1/2 biji bawang besar holland dicincang dadu
1/2 biji tomato dipotong dadu
1/4 batang carrot dipotong dadu
1/3 batang timun dibuang pulur, dipotong dadu

3 biji cendawan butang dihiris nipis
1 sudu makan biji jagung
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos ikan
1/2 cawan air
Sedikit bahan perasa
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


Caranya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar hingga layu.
2. Masukkan daging, kacau hingga berubah warna.
3. Masukkan air, tutup dengan tudung periuk, reneh  hingga daging empuk
4. Masukkan pes cili, garam, gula, sos tomato, sos tiram, sos ikan & bahan perasa. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan semua sayur diatas, kacau selama 2 minit  & angkat. 


          

Telur Dadar 


Bahannya :
2 biji telur
Garam secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit bahan perasa
Minyak untuk menggoreng 


          

Caranya:

1. Campurkan semua bahan diatas, pukul hingga sebati
2. Panaskan kuali besar  melengkung  yang telah disapu minyak. (Minyak hanya disapu sahaja pada permukaan kuali, jangan ada minyak yang bertakung kerana akan menyebabkan proses melenggang telur dikuali tak jadi). Masukkan telur, dengan cepat, angkat sedikit kuali dari permukaan  api, lenggang kuali supaya cecair telur tersebar  & menjadi nipis.
3. Apabila cecair telur menjadi beku, letakkan inti ditengahnya, lipat dikiri, kanan, depan & belakang. Angkat, terbalikkan diatas pinggan.
4.  Hiaskan dengan daun dan bunga ulam raja  serta sos cili. Sedia untuk dihidang.

         



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...