Gulai Lemak Kuning Ketam Bersama Nenas
Bahan-bahannya:
5 ekor ketam dibuang cengkerang & dibelah 2 ( ketuk bhgn sepit ketam supaya mudah dibuka)
5 cawan santan
1/4 bahagian nenas dihiris nipis
2 biji lada merah dibelah 4
1 inci kunyit hidup dikisar
2 biji bawang besar merah dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
3 keping hirisan lengkuas dikisar
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Caranya:
1. Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam periuk kecuali ketam. Sentiasa kacau hingga mendidih.
2. Masukkan ketam, kacau & kaup kuah sehingga ketam bertukar warna kemerahan serta kuah mendidih sekali lagi.
3. Angkat, sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment