Paprik Ayam Sepoi
Bahannya:
300gm daging ayam dihiris kecil (Ummi guna bahagian dada)
1 biji bawang besar dihiris kecil & ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk kasar
3 keping hirisan halia ditumbuk
1 sudu makan pes cili maepranom (Klu guna cili boh letak 2 sudu makan)
2 sudu makan sos Ikan
2 sudu makan sos tiram
1 biji bawang besar holland dibelah 8
1 batang serai diketuk
3 helai daun limau purut dicarikkan
5 biji cili padi diketuk (Klu nak pedas )
1/2 cawan air
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa (Ummi guna Knorr pasti sedap)
Sedikit minyak untuk menumis
Caranya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga masak.
2. Masukkan pes cili, Kacau hingga sebati.
3. Masukkan Ayam, kacau hingga bertukar warna, masukkan air, serai, sos tiram, sos Ikan, garam, gula & bahan perasa. Kacau hingga sebati & ayam masak.
4. Masukkan bawang besar, daun limau purut & cili padi. Kacau hingga bawang layu.
5. Angkat, hiaskan dengan daun & bunga ulam raja. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment