Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Monday, May 21, 2012

GULAI NENAS IKAN MASIN BERSAMA TELUR

Gulai Nenas Ikan Masin Bersama Telur

Bahan-bahannya:
6 biji telur ayam direbus & dikupas kulit.
10 ekor ikan masin selar kuning 
10 biji cili padi
1 potong nenas dihiris kecil
2 cm kunyit hidup dikisar
2 biji bawang besar merah dikisar
1 ulas bawang putih dikisar
2 hiris lengkuas dikisar
1 sudu makan cili boh
4 cawan santan
garam & gula secukup rasa (kurangkan garam coz ikan masin memang dah masin)
sedikit bahan perasa

          

Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk,nyalakan api,  sentiasa kacau hingga mendidih.
2. Biarkan mendidih 5 minit sambil mengacau sampai ikan masin lembut.
3. Angkat & sedia untuk dihidang.

ROTI TELUR PANGGANG MADU

Roti Telur Panggang Madu

Bahan-bahannya:
7 keping roti sandwich gardenia dipotong 2
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1+1/2 sudu makan susu tepung
50ml air suam
2 sudu makan tepung gandum
madu secukupnya
marjerin/ planta untuk memanggang

          


Cara Membuatnya:
1. Bancuh susu tepung, gandum, & garam didalam air suam hingga sebati.
2. Campurkan bahan bancuhan dengan telur, kacau hingga sebati.
3. Panaskan frypan, lengserkan sedikit planta, celupkan roti kedalam bancuhan diatas & panggang diatas frypan dengan menggunakan api yang perlahan.
4. Balikkkan apabila warna bertukar keperangan supaya sama rata dikedua-dua belah. Ulang langkah diatas sehingga habis roti.
5. Susun roti diatas pinggan, tuangkan madu diatasnya. Sedia untuk dihidang

Saturday, May 19, 2012

AYAM MASAK MERAH BERSAMA KACANG PEA

Ayam Masak Merah Bersama Kacang Pea

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam dipotong 8, digaul bersama garam, serbuk kunyit & sedikit perasa serta digoreng separuh masak.
1/2 cawan kacang pea
3 biji bawang besar merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
2 cm halia dikisar
3 ulas bawang merah dimayang halus
1 sudu makan tomato puree
4 sudu makan cili boh
1/2 cawan air
gula melaka@ nissan secukup rasa
garam secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untu menumis & menggoreng

           

Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang merah yang dimayang hingga naik bau & layu. Masukkan bahan kisar, kacau hingga rempah masak.
2. Masukkan cili boh & tomato puree, kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan gula melaka, garam & perasa. Kacau hingga sebati. 
4. Masukkan air & ayam yang telah digoreng separuh masak, kacau hingga sebati, biarka mereneh hingga kuah pekat.
5. Masukkan kacang pea, kacau 2 minit & angkat.
6. Sedia untuk dihidang.



BUBUR NASI AYAM CARROT

Bubur Nasi Ayam Carrot

Bahan-bahannya:
4 cawan nasi putih dikisar bersama air
5 cawan air (termasuk untuk kisar nasi)
3 ulas bawang merah dimayang halus
2 ulas bawang putih dicincang
1/2 batang carrot dipotong kecil
3/4 cawan isi ayam dipotong halus
1 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
sedikit serbuk lada hitam
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis



Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih, bawang merah bersama kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga sehingga naik bau.
2. Masukkan semua bahan yang lain kecuali carrot, biarkan hingga mendidih.
3. Masukkan carrot, kacau selama 2 minit & angkat.
4. Hiaskan diatasnya dengan bawang goreng, daun sup & daun bawang. Sedia untuk dihidang.


UDANG GORENG KUNYIT BLACKPAPER BERSAMA LADA BENGGALA

Udang Goreng Kunyit Blackpaper Bersama Lada Benggala

Bahan-bahannya:
25 ekor udang kepala
1/4 biji lada benggala hijau
1/4 biji lada benggala merah
5 ulas bawang putih dicincang
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
3 tangkai daun pasley/ daun ketumbar dicincang
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis

          


Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan udang bersama semua bahan yang lain. Kacau hingga sebati & sehingga kulit udang bertukar warna kemerahan.
3. Angkat & sedia untuk dihidang.


CUCUR PISANG OAT

Cucur Pisang Oat

Bahan-bahannya:
3 biji pisang berangan
1 biji telur
2 sudu makan susu tepung
1/2 teh soda bikarbonat
1 sudu makan gula
1/2 sudu teh garam
3/4 cawan oat segera
2+1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air
minyak untuk menggoreng

           

Cara Membuatnya:
1. Blend pisang bersama air, susu tepung, garam, gula, soda bikarbonat & telur sehingga halus &sebati. (guna blender bawang)
2. Campurkan bahan blend bersama tepung gandum & oat. Kacau hingga sebati.
3. Panaskan minyak, sudukan, goreng hingga keperangan, balikkan supaya sekata.
4. Angkat & sedia untuk dihidang.

# tekstur cucur ni ranggup diluar & lembut didalam.


Thursday, May 17, 2012

TELUR SCRAMBLE TOMATO

Telur Scramble Tomato

Bahan-bahannya:
2 biji telur ayam gred A
3 biji tomato (saiz bola pingpong)-dibelah 8
3 ulas bawang merah dicincang
sedikit serbuk lada hitam
garam secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis

          


Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang sampai layu, masukkan telur, kacau hingga hancur & berketul.
2. Masukkan garam, perasa & serbuk lada hitam , kacau hingga sebati.
3. Masukkan tomato, kacau sekejap & angkat.
4. Sedia untuk dihidang.



SINGGANG IKAN TONGKOL BERSAMA BUNGA KANTAN

Singgang Ikan Tongkol Bersama Bunga Kantan

Bahan-bahannya:
4 keping hirisan ikan tongkol (500gm)
5 cawan air
5 ulas bawang putih diketuk
4 keping hirisan lengkuas
8 biji cili padi (kalau nak pedas diketuk)
1 kuntum bunga kantan dibelah 4
2 keping asam keping
garam secukup rasa
gula melaka@ nissan secukup rasa
sedikit bahan perasa.


Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk, biarkan hingga mendidih & ikan masak, rebus lagi lama ,lagi sedap. (30 minit anggaran)
2. Angkat & sedia untuk dihidang.

Wednesday, May 16, 2012

KERANG REBUS BLACKPAPER


Kerang Rebus Blackpaper

Bahan-bahannya:
1+1/2kg kerang, dibersihkan & ditoskan
7 cawan air
1 batang serai diketuk
1/2 sudu teh lada hitam
7 biji cili padi (kalau nak pedas diketuk)
5 ulas bawang putih diketuk
2cm halia diketuk
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa



Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk, biarkan sehingga mendidih & ada beberapa biji kerang terbuka, menandakan kerang sudah masak.
2. Angkat & sedia untuk dihidang.

Tuesday, May 15, 2012

NASI GORENG BLACKPAPER TELUR

Nasi Goreng Blackpaper Telur

Bahan-bahannya:
1 pinggan penuh nasi putih sejuk
2 biji telur
6 sudu kicap lemak manis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
4 ulas bawang putih dicincang
4 ulas bawang merah dimayang halus
garam & gula secukup rasa
sedikit perasa
hirisan kobis
minyak untuk menumis



Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih & bawang merah hingga naik bau.
2. Masukkan telur, kacau hingga hancur & berketul kecil.
3. Masukkan kicap, garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan nasi  & kobis, kacau hingga kering & nasi berderai.
5. Angkat, hiaskan dengan salad, hirisan lada merah & taburan bawang goreng.
6.Sedia untuk dihidang.



NASI GORENG IKAN MASIN BERSAMA KACANG PANJANG

Nasi Goreng Ikan Masin Bersama Kacang Panjang

Bahan-bahannya:
1 pinggan penuh nasi putih sejuk
5 batang kacang panjang dipotong kecil
2 keping ikan masin tenggiri
5 tangkai cili kering
1 biji bawang besar merah
garam & gula secukup rasa
sedikit perasa
minyak untuk menumis

         


Cara Membuatnya:
1. Tumbuk bawang bersama cili kering & ikan masin hingga lumat
2. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk tadi, kacau hingga rempah masak.
3. Masukkan garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan nasi & kacang panjang, kacu hingga bahan sebati & nasi kering & berderai (tidak melekat).
5 Angkat & sedia untuk dihidang. Taburkan hiasan dengan bawang goreng, tomato ceri & daun sup.

SOTONG REBUS

Sotong Rebus

Bahan-bahannya:
11 ekor sotong (500gm)
1 batang serai diketuk
4 ulas bawang merah dimayang
4 cawan air
1cm halia dihiris halus
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa




Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali sotong. Biarkan hingga mendidih.
2. Masukkan sotong, kacau sekejap, masak selama 3 minit@ hingga sotong masak.
3. Angkat, sedia untuk dihidang.

Sunday, May 13, 2012

DAGING GORENG BERSAMA KENTANG

Daging Goreng Bersama Kentang

Bahan-bahannya:
200gm daging dihiris nipis, diperap bersama bawang putih, serbuk kunyit, garam & perasa selama 15-30 minit.
3 biji kentang dipotong baji
1 biji bawang besar dimayang
1/2 cawan air
sedikit gula & perasa
minyak untuk menggoreng



Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, masukkan daging, kacau sekejap, masukkan air,  tutup dengan tudung periuk, perlahankan api, renehkan hingga separa masak.
2. Masukkan kentang, kacau sekejap, tutup dengan tudung periuk hingga daging & kentang empuk. (kalau tak cukup boleh tambah air)
3. Masukkan bawang & sedikit gula, kacau hingga bawang layu.
4. Angkat, hiaskan dengan hirisan daun sup & lada merah. Sedia untuk dihidang.


KANGKUNG GORENG

Kangkung Goreng

Bahan-bahannya:
3 ulas bawang merah dimayang halus
4 tangkai cili kering dipotong kecil
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis


Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang merah hingga layu.
2. Masukkan kangkung, cili kering, garam, gula & perasa. Kacau hingga layu & sebati.
3. Angkat & sedia untuk dihidang.

Saturday, May 12, 2012

MASAK LEMAK KUNING UDANG BERSAMA KACANG PANJANG

Masak Lemak Kuning Udang Bersama Kacang Panjang

Bahan-bahannya:
24 ekor udang dibuang kepala
5 cawan santan
2.5 cm kunyit hidup dikisar
1 biji bawang merah besar dikisar
2 hirisan lengkuas dikisar
1 keping asam keping
6 tangkai kacang panjang dipotong kecil
1 sudu makan cili boh
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa

          


Cara membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kecuali udang, sentiasa kacau hingga mendidih.
2. Masukkan udang, kacau hingga udang masak. (kulit udang bertukar kemerahan)
3. Angkat & sedia untuk dihidang.

BIHUN GORENG RENCAH SAMBAL TUMIS BILIS

Bihun Goreng Rencah Sambal Tumis Bilis

Bahan-bahannya:
300gm bihun direndam dengan air panas hingga lembut & ditoskan.
3 sudu makan sambal tumis bilis dikisar (lebihan sambal untuk nasi lemak)
1 biji bawang besar merah dikisar
4 ulas bawang putih diketuk
2 biji telur
hirisan sayur kobis
1 sudu makan cuka
1 sudu makan cili boh
garam & gula secukup rasa
sedikit perasa
minyak untuk menumis

       


Cara membuatnya:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bawang merah, kacau hingga layu.
2. Masukkan sambal tumis & cili boh., kacau hingga naik minyak.
3. pecahkan telur didalamnya, kacau hingga berketul.
4. Masukkan garam, gula, perasa & cuka, kacau hingga sebati.
5. Masukkan bihun & kobis, kacau sehingga kering & sebati.
6. Angkat, hiaskan bersama telur dadar, bawang goreng, sos cili & hirisan timun.
7. Sedia untuk dihidang. 


ACAR KOBIS

Acar Kobis


Bahan-bahannya:
1/4 biji kobis dihiris halus
1/2 batang carrot dihiris halus
1 biji bawang besar holland dimayang halus
2 biji lada merah dihiris serong
200ml air masak
3 sudu makan cuka makan
1 sudu teh garam
2 sudu makan gula




Cara Membuatnya:
1. Larutkan gula & garam bersama cuka & air hingga sebati.
2. Gaulkan bancuhan diatas bersama campuran kobis, carrot & lada merah hingga sebati.
3. Sedia untuk dihidang bersama kari daging, ikan dsb., nasi beriani, nasi tomato dll.

KUE TEOW GORENG BASAH

Kue Teow Goreng Basah


Bahan-bahannya:
450gm Kue Teow
15 ekor udang dibuang kulit
5 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar merah dicincang halus
1 sudu makan tomato puree
2 sudu makan cili boh
5 sudu makan kicap lemak manis
3 sudu makan sos ikan
2 biji telur
1/2 cawan air
8 tangkai hirisan daun kucai
garam & gula secukup rasa (kurangkan kuantiti garam kerana sos ikan dah masin)
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis


          


Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang merah, kacau hingga layu.
2. Masukkan Cili boh & tomato puree, kacau hingga naik minyak.
3. Masukkan udang, kacau hingga masak. Pecahkan telur kedalamnya, scramble hingga berketul, masukkan air, garam, gula, sos ikan & perasa. Kacau hingga sebati.
4. Masukkan Kue Teow & daun kucai. Kuatkan api, kacau 2 minit & angkat.
5. Sedia untuk dihidang. Hiaskan diatasnya dengan bawang goreng & tomato ceri.

SAMBAL CUKA CILI HIJAU BAWANG PUTIH

Sambal Cuka Cili Hijau Bawang Putih

Bahan-bahanya:
30 biji cili padi dibuang tangkai
2 sudu makan cuka makan
2 ulas bawang putih
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan gula
sedikit perasa

         

Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kedalam blender, kisar hingga hancur.
2. Tuangkan kedalam mangkuk. Sedia untuk dihidang bersama gulai @ kari.

# Sambal ni tahan lama, kalau letak kat luar boleh tahan selama 1 minggu, cuma warnanya saja akan bertukar, tapi rasanya still sama.

PUCUK PAKU GORENG BELACAN

Pucuk Paku Goreng Belacan

Bahan-bahannya:
1 ikat pucuk paku, diambil bahagian lembut sahaja
1/2 biji bawang besar merah
1/2 sudu teh belacan
5 biji cili padi
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis


Cara Membuatnya:
1. Tumbuk bawang bersama belacan & cili padi semua bahan hingga separa halus
2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk diatas hingga naik bau.
3. Masukkan pucuk paku, garam, gula & perasa, kacau hingga masak & sebati.
4. Sedia untuk dihidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...