Sambal Sotong Puree
Bahan-bahannya:
400gm sotong, dipotong cincin, dibasuh bersih & ditoskan
2 biji bawang besar holland dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
4 keping hirisan halia dikisar
3 sudu makan tomato puree
1 sudu makan pes cili dalam minyak
gula melaka secukupnya
garam secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan tomato puree & pes cili, kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan, gula melaka, garam & perasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan sotong, kacau selama 2 minit & angkat.
5. Hiaskan dengan daun bawang & tomato ceri, sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment