Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Monday, July 23, 2012

PUTERI MANDI

Puteri Mandi

Bahan-bahannya:
2 cawan tepung pulut
3/4 cawan air panas + 1/2 sudu teh essen pandan
2 helai daun pandan disimpul
Pewarna merah ceri, ungu & hijau
6 cawan air untuk merebus/ secukupnya

         


Cara Membuatnya:
1. Uli tepung pulut bersama air panas & essen pandan sehingga tidak melekat ditangan.
2. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian, 3 bahagian diwarnakan dengan warna merah, hijau & ungu, 1 bahagian lagi dibiarkan berwarna putih.
3. Didihkan air bersama daun pandan.
4. Ambil sedikit adunan sebesar ibu jari, bentukkan bulat, kemudian penyetkan ditengahnya, masukkan kedalam air yang mendidih, biarkan sehingga ia timbul & terapung.
5. Angkat, toskan & masukkan kedalam kuah yang telah disediakan.
6. Ulangi langkah diatas sehingga habis adunan.

          

Bahan-bahan untuk kuah / salutan:
2 cawan kelapa parut putih
1/2 cawan susu fresh milk
1/2 sudu teh garam/ secukup rasa
4 sudu makan gula/ secukup rasa


Cara Membuatnya:
1. Masukkan semua bahan kedalam periuk, masak dengan api yang sederhana, kacau sehingga mendidih.
2. Sedia untuk digunakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...