Nasi Goreng Bilis Blackpaper
Bahan-bahannya: (2-3 orang)
1 pinggan penuh nasi putih sejuk
2+1/2 sudu makan ikan bilis ditumbuk1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk
1 biji bawang besar merah ditumbuk
4 ulas bawang putih diketuk
1 biji telur
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa
Hirisan kobis
minyak untuk menumis
1. Panaskan Minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bahan tumbuk, kacau hingga keperangan, masukkan telur, kacau hingga berketul.
3. Masukkan garam, gula & perasa, kacau hingga sebati.
4. Masukkan nasi & kobis, kacau hingga sebati, kering & tidak melekat.
5. Angkat, hiasakan dengan bahan hiasan dibawah, sedia untuk dihidang.
Bahan Hiasan:
Belahan tomato ceriHirisan Daun Ketumbar
Ikan Bilis Goreng
No comments:
Post a Comment