Kuih Siput Perisa Udang Paprika
Bahan-bahannya:
1 kg tepung gandum
1 sudu makan serbuk paprika
1 sudu makan garam
3 sudu makan udang kering
3 biji bawang besar merah
2 ulas bawang putih
4 sudu makan gula
5 sudu makan marjerin/planta
1 cawan air
1 cawan santan pekat dimasak hingga mendidih
3 tangkai daun kari untuk dikisar
8 tangkai daun kari untuk menggoreng
sedikit bahan perasa
Acuan kuih siput
minyak untuk menggoreng
Cara Membuatnya:
1 Kisar bawang besar bersama bawang putih, serbuk paprika, garam, gula, bahan perasa, air, daun kari & udang kering hingga halus.
2. Gaul tepung, santan, bahan kisar & marjerin. Uli hingga sebati dan sehingga tepung tidak melekat ditangan (kalau adunan lembik bolehlah tambah sedikit tepung). Adunan hendaklah diletakkan dalam bekas yang bertutup supaya tidak cepat keras.
3. Ambilkan sedikit adunan sebesar jari manis, tekan @ penyekkan atas acuan kuih siput dan digulung & ditolak hingga jatuh kedalam bekas, buat sehingga adunan habis.
4. Panaskan minyak, dengan menggunakan api yang perlahan, goreng sehingga keperangan. Apabila hampir garing, masukkan helaian daun kari, kacau sehingga kuih siput benar-benar garing.
5. Angkat & toskan atas tissue towel. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas kedap udara. Sedia untuk dimakan.
No comments:
Post a Comment