Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Tuesday, July 31, 2012

SUP KAKI AYAM

Sup Kaki Ayam

Bahan-bahannya:
20 batang kaki ayam
6 cawan air
4 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar holland dimayang halus@ dicincang
2 cm halia diketuk
1 paket sub bunjut
1 sudu makan serbuk rempah sup
1 biji tomato dibelah 8
1 batang kulit kayu manis
4 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 batang chinesee leek dihiris
sedikit serbuk lada hitam
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis


          

Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih bersama kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga hingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar, kacau sehingga layu.
3. Masukkan air, kaki ayam, garam, gula, bahan perasa, sup bunjut & halia. Biarkan hingga mendidih & kaki ayam empuk.
4. Masukkan chineese leek & tomato, kacau selama 2 minit & angkat.
5. Hiaskan dengan bawang goreng, gulungan kulit tomato & daun ketumbar. Sedia untuk dihidang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...