Kobis Goreng Kunyit
Bahan-bahannya:
250gm kobis dihiris kecil
2 biji lada merah dihiris serong
2 ulas bawang putih dihiris nipis
1/2 biji bawang besar merah dimayang halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
sedikit air
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis
sedikit bahan perasa
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau. masukkan bawang merah, kacau hingga layu.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang lain, kacau hingga sebati & angkat. Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment