Sup Ikan Merah
Bahan-bahanya:
600 gm ikan merah dipotong 5
1/2 biji bawang besar holland dimayang/cincang halus
3 ulas bawang putih diketuk
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah keras diketuk
2 cm halia diketuk
1 helai daun salam
1 sudu makan rempah penumis
1/2 batang carrot dihiris nipis
1 batang sadri
1 batang chinesee leek
1 biji ubi kentang dibelah 8
1 biji tomato dibelah 8
1 bunjut sup ikan adabi
6 cawan air
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau.
2. Masukkan bawang besar, rempah penumis, daun salam, bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis & buah keras. Kacau hingga naik bau.
3. Masukkan air, carrot, ubi kentang, halia, garam, gula & bahan perasa, biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan ikan merah, chineese leek, tomato & batang sadri, biarkan sehingga ikan masak.
5 Angkat, hiaskan dengan daun ketumbar, bawang goreng & tomato. Sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment