Bacalah Walau Sedetik


Random Hadith Widget

Wednesday, July 25, 2012

NASI GORENG TELUR CENDAWAN SHINTAGE

Nasi Goreng Telur Cendawan Shintage


Bahan-bahannya:
1 pinggan penuh nasi putih sejuk
1/2 biji bawang besar holland dicincang/ mayang halus
3 ulas bawang putih diketuk
3/4 cawan hirisan cendawan shintage kering direndam 10 minit dalam air panas
2 biji telur
1/2 sudu makan pes cili
2 sudu makan sos tiram
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa

         

Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan bawang besar, kacau hingga layu.
2. Masukkan cendawan, kacau selama 2 minit.
3. Masukkan pes cili,  & telur, kacau hingga telur berketul & kering.
4. Masukkan sos tiram, garam, gula & perasa. Kacau hingga sebati.
5. Masukkan nasi, kacau hingga sebati, nasi kering & tidak melekat.
6. Angkat, hiaskan dengan daun salad & tomato ceri, sedia untuk dihidang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...