Tumis Air Sawi Manis Shimeji bersama Telur
Bahan-bahannya:
5 rumpun sawi manis dipotong kecil
1/2 biji bawang besar merah dimayang halus
3 ulas bawang putih dimayang halus
150 gm cendawan shimeji
1 biji telur ayam gred A
5 cawan air
1 biji tomato dibelah 8
garam & gula secukup rasa
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis
Cara Membuatnya:
1. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar, kacau hingga layu.
2. Masukkan telur, kacau hingga berketul.
3. Masukkan air, garam, gula & perasa, biarkan hingga mendidih)
4. Masukkan sawi, cendawan shimeji & tomato. Kacau selama 2 minit & angkat. Sedia untuk dihidang.