Sandwich Omelette Bawang
Bahan-bahan untuk Omelette:
4 biji telur
2 sudu makan susu tepung dibancuh dengan 60ml air@ 60ml fresh milk/susu cair
1/2 biji bawang besar holland dipotong dadu
daun bawang dihiris halus
1 biji cili merah dihiris halus
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
sedikit serbuk lada sulah/blackpaper
8 keping roti gardenia
Marjerin/planta
Bahan-bahan untuk sapuan:
Sos cili thai
Mayonis
Cara memasak:
1. Satukan semua bahan-bahan untuk Omelette kecuali roti & planta. Kacau hingga sebati.
2. Panaskan frypan/ kuali leper (untuk buat roti canai/burger) dengan api yang perlahan.
3. Sendukkan 1 senduk keatas kuali.
4. Tampalkan sekeping roti keatasnya, bakar selama 1-2 minit (tak perlu balikkan roti).
5. Ulang langkah diatas hingga habis.
6. Sapu mayonis diatas omelette yang melekat kat roti tadi hingga rata diikuti dengan sos cili thai.
7. Roti yang beromelette tadi dilipat 2 & sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment