Daging Berempah 4
Bahan-bahanya:
250 gm daging top side dihiris nipis, dibasuh bersih & ditoskan
1 labu bawang putih dikisar (10 ulas)
1 sudu teh ketumbar dikisar
1 sudu teh jintan manis dikisar
1 sudu teh jintan putih dikisar
1 susu teh lada hitam dikisar
1/2 cawan kicap lemak manis (Ummi guna cap Jalen)
1 sudu besar cili boh
1 sudu besar air asam jawa/ 1 keping asam gelugor
Garam & gula secukup rasa
Sedikit bahan perasa (kiub/serbuk/pati ayam/ikan bilis/ sos tiram/ cukup rasa/ aji dsb.)
Minyak untuk menumis
Sedikit bawang goreng
Sedikit air
Tutup dengan tudung periuk selama 15 minit
Cara Memasak:
1. Perap daging dengan bahan kisar selama 15 hingga 30 minit.
2. Panaskan minyak, masukkan daging & cili boh. Kacau sebentar hingga sebati.
3. Perlahankan api, tambahkan sedikit air, tutup daging dengan tudung periuk selama 15 minit.(supaya daging cepat empuk)
4. Selepas 15 minit, angkat tudung periuk, masukkan kicap, air asam jawa, garam, gula & bahan perasa. Kacau hingga sebati.
5. Angkat & hidang, taburkan sedikit bawang goreng ke atasnya.
No comments:
Post a Comment